Isnin, 23 Jun 2014

Crispy Flaxseed























Salam y'all! so hari ni kami ada buat contest! mudah sangat! join tau! lepas ni Inshaallah kami nak buat banyak lagi contest mcm ni. Bukan apa, nak galakkan follower Es & Ef untuk jadi kreatif mempelbagaikan menu low-carb! Seperti yang semua tahu, ini adalah teknik terbaru yang kami cuba untuk mengurangkan rasa Flaxseed dalam usaha nak bantu geng low-carb hilangkan craving nak makan roti/wrap/roti canai etc. Kat bawah ni adalah step macam mana nak buat! mudah sangat! tak perlu bakar, tak perlu oven! wow!






















Bahan-bahan Crispy Flaxseed
(1) 50g Flaxseed Brown @ Golden yang siap dikisar halus. (Golden Flaxseed lebih senang untuk diuli sebab tinggi kandungan minyak. Senang melekat. Brown Flaxseed sedikit rapuh. Tetapi masih boleh diuli cuma perlu lebih berhati2. Rasa golden flaxseed juga kurang rasa bijirinnya berbanding brown flaxseed)
(2) Air
(3) 1/3 sudu minyak masak.
(4) Garam & Stevia (optional. jika yang beli tepung dari kami, kami memang sudah letak)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
(1) Sediakan 50g Brown @ Golden Flaxseed kisar.
(2) Masukkan minyak dan air sehingga menjadi doh melekit seperti di Gambar 2. Biarkan adunan selama 1 jam dalam keadaan terbuka.
(3) Bahagikan kepada 4 doh kecil seperti di Gambar 3. 
(4) Ambil doh tadi letak dalam lapik plastik (atas dan bawah). Sapu sedikit minyak untuk memudahkan ulian.
(5) Uli sehingga nipis mengikut citarasa anda.
(6) Goreng sehingga garing di atas non-stick pan atau kuali yang tak melekat. Letak sedikit saja minyak. Kalau minyak banyak, nanti jadi lembik dan berlendir. Jika ingin sedap, goreng dengan sedikit butter. Saya goreng tanpa minyak atau butter. Untuk 50g flaxseed, kita akan dapat 4 keping crispy Flaxseed sederhana besar. Boleh dijadikan sebagai roti atau wrap. Untuk inti, ikut citarasa anda ok! 

Total carbs untuk 1 keping : 0.25g carbs sahaja! wowww

Untuk yang berminat boleh order tepung Flaxseed dari kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

8 ulasan:

  1. Yg 50g Flaxseed tu kena kisar dulu ke.. Kalau kena kisar, 50g tu berat sblum atau slepas kisar..

    BalasPadam
  2. Syaidatulnabila : 50g flaxseed kisar

    BalasPadam
  3. Kat mane boleh jumpa golden flaxseed nie ye ?

    BalasPadam
  4. Salam,
    Cmne nk beli tepung flaxseed.
    Harap leh email kat sy faridz86@gmail.com

    BalasPadam
  5. as salam... sy nk beli tepung ni sbb ingt nk cuba diet ni.. ini email sy.. nourelecah@gmail.com
    terima kasih

    BalasPadam
  6. assalamualaikum..nak tye mcm mana nak order flexseed ni?

    BalasPadam
  7. Salam kawan2 kalau nak order boleh ke fb page Es & Ef..

    BalasPadam
  8. Salam kawan2 kalau nak order boleh ke fb page Es & Ef..

    BalasPadam