Jumaat, 9 Mei 2014

Telor Man

Bahan-bahan Telor Man
(1) Cili Kisar (cili + bawang putih + bawang merah)
(2) Telor 3 biji
(3) Minyak
(4) Garam & lada sulah menggantikan ajinomoto
(5) Salad
(6) Mayo Jenama Kewpie (rendah karbohidrat)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Masukkan minyak sedikit. Masukkan cili kisar + garam + lada sulah secukup rasa. Masak sehingga garing.
- Goreng telor
- Susun telor yang digoreng tadi seperti gambar, bersama dengan salad. Kemudian taburkan sambal goreng kering tadi ke atas telor.
- Letak sedikit mayo seperti dalam gambar, sebagai hiasan
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. jika ingin kenyang, lebihkan salad. jika tiada salad, boleh ganti sayur lain. Siap! idea sarapan mudah untuk geng low carb!

4g - 6g carbs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan