Ahad, 25 Mei 2014

Crispy Salmon with Balsamic Brocolli














Bahan-bahan Crispy Salmon with Balsamic Brocolli
(1) 2 ketol Ikan Salmon
(2) Italian Mix Herbs 
(3) Red Cabbage@kobis merah
(4) Brocolli
(5) Garam
(6) Butter @ Minyak
(7) Cuka (apa2 jenis. Kami guna cuka epal)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Gaul ikan salmon dengan Italian Mix Herbs dan sedikit garam.
- Goreng ikan salmon dengan minyak atau butter hingga garing.
- Basuh brocolli dan red cabbage tadi dengan garam, kemudian gaul dengan cuka epal.
- Hidangkan bersama ikan salmon tadi panas2. Siap!

< 3g carbs

Isnin, 19 Mei 2014

Lempeng Lemak Manis




















Bahan-bahan Lempeng Lemak Manis
(1) 1 biji telur
(2) Sedikit Esen Vanilla
(3) 100ml santan 
(4) Stevia (ikut citarasa)
(5) Garam (ikut citarasa) 

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Campur dan kacau semua bahan tadi
- Goreng dalam non-stick pan atau goreng dengan minyak.
- Hati-hati kerana mudah koyak.

< 4g carbs

Ahad, 18 Mei 2014

Pandan Ball with Cheesy Frosting (Instant Mix Available RM10!)























Bahan-bahan Pandan Ball with Cheesy Frosting
(1) 4 sudu besar Butter asli (jenama Anchor)
(2) 1/2 sudu teh perasa pandan (ikut citarasa)
(3) 1/2 sudu teh pewarna hijau (ikut citarasa)
(4) 3 biji telur
(5) 100g Tepung Badam@Almond Flour
(6) Pemanis gantian 6 - 8 paket @ ikut citarasa (jenama Stevia bagus kerana bersifat semulajadi dan selamat)
(7) 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan-Bahan Frosting
(1) 2 sudu besar cream cheese
(2) 1 - 2 peket Stevia
(3) Kacau semua bahan.
(4) Sejukkan dalam peti ais.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Cairkan butter dalam kuali.
- Pukul telur dengan pukulan biasa.
- Gaul sebati semua bahan.
- Tuang acuan ke dalam loyang pembakar atau paper cup.
- Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 200 celcius.
- Paipkan frosting tadi ikut citarasa anda.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. 
* Untuk geng induksi, jangan la duk hadap sekali gus ok.hihihi, bole bahagi 5 atau 6 kali makan. Hilangkan craving je.
* Pastikan butter asli. Butter adalah sumber lemak baik sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Buttercup bukan butter asli ya! Marjerin juga bukan butter. Jenama Anchor paling senang nak cari.
* Untuk tempahan tepung instant kek ini boleh inbox kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

16- 18g carbs

Sabtu, 17 Mei 2014

Nasi Cauli Flavour Bilis



















Bahan-bahan Nasi Cauli Flavour Bilis
(1) Cauliflower@bunga kobis 1 mangkuk sederhana besar. (Dikisar atau diracik halus)
(2) Ikan Bilis (ditumbuk@dikisar halus)
(3) 1 biji telur
(4) 1 - 2 sudu besar Cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili)
(5) Garam + Lada sulah
 
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis Cili. 
- Masukkan ikan bilis kisar tadi. Goreng hingga garing. 
- Masukkan cauliflower kisar dan bahan perasa (garam + lada sulah)
- Pastikan cauli sederhana masak. Jangan goreng terlalu lama.
- Pecahkan telur dan goreng hingga kering. Siap! 
 
< 4g carbs

Jumaat, 16 Mei 2014

Romaine Burger















Bahan-bahan Romaine Burger
(1) Ayam Kisar (kami guna jenama Ramly)
(2) Seasoning Steak 
(3) Salad Romaine @ apa2 juga salad
(4) Minyak
 
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Gaul ayam kisar tadi dengan seasoning steak, letak minyak sedikit untuk membentuk. Bentukkan dan goreng sehingga masak.
- Basuh salad. Hidangkan bersama daging ayam tadi. Siap!

< 4g carbs

Char Low Carb














Bahan-bahan Char Low Carb
(1) Taugeh 1 cawan
(2) 1 - 2 sudu besar cili kisar (cili + bawang putih + bawang besar)
(3) 2 biji telur
(4) Garam & Lada sulah
(5) 1 sudu besar Bawang Goreng
(6) Sayur Hijau (saya guna sawi)
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis cili kisar.
- Masukkan taugeh, dan sawi tadi.. Masukkan garam & lada sulah. Jangan masak sayur terlalu lama.
- Pecahkan telur 2 biji. Gaul semasa telur cair lagi supaya telur melekat dengan taugeh dan sayuran lain. Goreng sehingga kering.
- Tabur 1 sudu bawang goreng untuk menaikkan rasa. Siap!

< 5g carbs

Khamis, 15 Mei 2014

Hilang 75kg!





















Alhamdulillah asbab dari mengamalkan gaya makan rendah karbohidrat ini kami berjaya menurunkan sebanyak 75kg! Perjalanan akan diteruskan. Kali ini bukan niat untuk kurus sahaja tapi lebih kepada ingin hidup sihat. INSHAALAH! Kita manusia hanya mampu lakukan usaha. Hasil dan result, Allah yang bagi. Minta la kat Dia dahulu! Perbetulkan niat. Inshaallah moga perjalanan diet kalian diberkati.

Chicken Steak






















Bahan-bahan Chicken Steak
(1) 2 ketol isi ayam
(2) 1/2 biji bawang besar
(3) Daun bawang (racik halus)
(4) Garam & Lada sulah
(5) Cili Hidup (potong halus)
(6) Butter atau minyak masak
(7) Cauliflower (racik halus)
(8) Rempah kari

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Rebus isi ayam . Racikkan atau kisar isi ayam
- Tumis bawang.
- Gaul sebati isi ayam tadi bersama bawang yang sudah digoreng, daun bawang, cili hidup, cauliflower, garam&lada sulah, dan sedikit rempah kari.
- Bentukkan dan goreng semula menggunakan minyak atau butter. Siap!

< 5g carbs

Rabu, 14 Mei 2014

Tuna Cheezy Bite

































Bahan-bahan Tuna Cheezy Bite
(1) 2 biji telur 
(2) 1/2 biji bawang Holand
(3) Mozarella Cheese
(4) Garam & Lada sulah
(5) Cili Hidup 
(6) Minyak
(7) Seekor ikan sardin atau boleh guna Tuna spread.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Pecahkan telur.  
- Masukkan ikan sardin yang sudah dihancurkan. Letak garam dan lada sulah mengikut citarasa. Pukul sebati.
- Guna acuan ikut citarasa. Oleskan minyak di dalam setiap acuan.
- Masukkan bahan tadi. Hanya 3/4 sahaja. Jangan penuh kerana telur akan kembang.
- Hiris bawang Holand dan tabur bersama Mozarella Cheese tadi di atas.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 4 - 6 minit. 
- Hidangkan bersama cili hidup untuk rasa yang lebih UMMPPPHHH. Siap!

< 5g carbs

Nasi Goreng Daging Cheese




















Bahan-bahan Nasi Goreng Daging Cheese
(1) Daging Kisar (kami guna jenama Ramly) 
(2) Cheddar Cheese (kami guna jenama Anchor)
(3) Cauliflower
(4) Garam & Lada sulah
(5) Salad
(6) Cili Kisar (cili + bawang merah + bawang putih)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumiskan 1 - 2 sudu cili kisar tadi. 
- Masukkan daging kisar dan cauliflower yang dicincang halus. Goreng sehingga masak.
- Masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa. Goreng sehingga kering.
- Racikkan cheddar cheese dan gaul bersama bahan tadi.
- Hias kan bersama salad segar. Siap!

< 5g carbs

Beyonce Nugget




















Bahan-bahan Beyonce Nugget
(1) Ayam Kisar (kami guna jenama Ramly) 
(2) Daun sup
(3) Telur 2 biji
(4) Garam & Lada sulah
(5) 1/2 biji Bawang

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Goreng bawang. 
- Gaulkan ayam kisar bersama,1 biji telur, daun sup, dan bawang yang digoreng tadi.
- Masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa.
- Bentukkan mengikut bentuk kesukaan anda dan bekukan dalam peti sejuk.
- Selepas beberapa jam, keluarkan.
- Pecahkan sebiji telur. Celup campuran ayam yang sudah dibentuk tadi ke dalam telur dan gorengkan. Siap! 

< 3g carbs

Selasa, 13 Mei 2014

Bestnya Flaxseed!

Assalammualaikum, biasanya Ef asyik kongsi resipi jerkan, harini Es nak kongsi kebaikan Flaxseed yang Ef banyak guna dalam resipi roti dia yang sedap tu.. Sebelum tu, tgkla ghuper pokok dan bunga flaxseed nih lagu mana.Untuk pengetahuan tuan puan, flaxseed ni antara makanan fiber yang tertua di dunia, masyarakat kuno China dan Mesir telah lama amalkan bijirin flaxseed nih..

SubhanaAllah hebat ciptaan Allah, cantik x? 


Ni pula ghuper biji die, ada dua jenis golden and brown flaxseed dua2 ada kebaikan tersendiri namun dari segi rasa, brown flaxseed lagi sodaaappp..


Antara kebaikan flaxseed

Paling best, ianya hanya mengandungi 0.2g nett carbs utk 20g flaxseed.. mcm mana nak kira nett carb? total carbohydrate 3.0g tolak dietary fiber 2.8g dapatla 0.2g nett carbs, dietary fiber kita tak kira dalam diet rendah karbohidrat mcm atkins yer kawan2...

Allahumma solli ala Muhammad, jangan lupa untuk bagi sokongan pada kami.. we love u ols.. :)

Flaxseed Bread (Instant Mix Available RM8)





















Bahan-bahan Flaxseed Bread
(1) 2 cawan Bijirin Flaxseed 
(2) 1/2 sudu teh garam
(3) 1 - 2 peket gula gantian Stevia (ikut citarasa)
(4) 1/3 cawan minyak
(5) 3 biji telur Gred B
(6) 1 sudu besar serbuk penaik
(7) 1/2 cawan air

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Kisar flaxseed 
- Pukul telur
- Campur semua bahan.
- Masukkan dalam acuan. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.
- Cukup untuk 3 hari punya bekalan. Habiskan cepat,kalau boleh jangan biarkan lebih 3 hari sebab senang berkulat.
- Setiap kali ingin makan, boleh bakar dalam pembakar roti atau re-heat dalam oven. 

8g - 10g carbs

Isnin, 12 Mei 2014

Crispy Black Pepper Mackerel

















Bahan-bahan Crispy Black Pepper Mackerel
(1) Ikan Tenggiri
(2) 1 ulas Bawang putih dipotong dadu kecil
(3) 1 sudu butter
(4) Minyak
(5) Garam Bukit
(6) Lada Hitam Kasar

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Goreng ikan tenggiri yg dilumur dgn garam bukit hingga garing.
- Lumur ikan tadi dengan bawang putih dan lada hitam kasar.
- Goreng semula ikan yg siap dilumur itu dengan satu sudu butter tadi.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas.

< 5g carbs

Ahad, 11 Mei 2014

Devil's Fudgy Choc Cake with Special Sauce (Instant Mix Available RM10!)





















Bahan-bahan Devil's Fudgy Choc Cake with Special Sauce
(1) 4 sudu besar Butter asli (jenama Anchor)
(2) 2 sudu besar serbuk koko (jenama Hershey Unsweetened Cocoa Powder@Van Hautten)
(3) 3 biji telur
(4) Sedikit Garam
(5) 100g Tepung Badam@Almond Flour
(6) Pemanis gantian 6 paket @ ikut citarasa (jenama Stevia bagus kerana bersifat semulajadi dan selamat)
(7) 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan-Bahan Saus
(1) 2 sudu besar serbuk koko
(2) 1 sudu besar butter
(3) 6 paket Stevia
(4) Sedikit air
(5) Campur semua bahan. Masak atas api perlahan sehingga pekat.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Cairkan butter dalam kuali.
- Pukul telur dengan pukulan biasa.
- Gaul sebati tepung badam, serbuk koko, dan serbuk penaik.
- Masukkan Stevia dan garam biar rasa lemak sedikit.
- Campurkan semua bahan
- Tuang acuan ke dalam loyang pembakar atau paper cup.
- Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 200 celcius.
- Tuang saus di atas kek dan sejukkan.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. 
* Untuk geng induksi, jangan la duk hadap sekali gus ok.hihihi, bole bahagi 5 atau 6 kali makan. Hilangkan craving je.
* Pastikan butter asli. Butter adalah sumber lemak baik sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Buttercup bukan butter asli ya! Marjerin juga bukan butter. Jenama Anchor paling senang nak cari.
* Untuk tempahan tepung instant kek ini boleh inbox kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

16g carbs tanpa saus / 19g carbs dengan saus

Jumaat, 9 Mei 2014

Induction boleh makan roti?? wow!















Induction pun boleh makan roti ok! Gambar di atas adalah sneak peak untuk resipi minggu depan! nantikan ok! Mudah dan mengenyangkan. Dan yang bestnya untuk menu kat atas ni, kurang dari 5g carbs sahaja! Makan pagi2, kenyang sampai jam 2 petang. Inshaallah..yang bagi kenyang hanya Allah. Makanan ni sume asbab kenyang sahaja .

Triplet Choc Low Carb

















Bahan-bahan Triplet Choc Low Carb
(1) Setengah paket Butter asli (jenama Anchor)
(2) 1 sudu serbuk koko (jenama Hershey Unsweetened Cocoa Powder)
(3) Garam
(4) Pemanis gantian 1 - 2 paket (jenama Stevia bagus kerana bersifat semulajadi dan selamat)
(5) Garam

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Cairkan butter dalam kuali.
- Bila butter dah cair, masukkan 1 sudu serbuk koko dan kacau (jangan tutup api lagi)
- Masukkan Stevia dan garam biar rasa lemak-lemak manis
- Tuang ketika cair ke dalam acuan.
- Sejukkan semalaman.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas.
* Pastikan butter asli. Butter adalah sumber lemak baik sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Buttercup bukan butter asli ya! Marjerin juga bukan butter. Jenama Anchor paling senang nak cari. Ada dua tiga lagi jenama luar negara. Nanti kami kongsikan tips untuk mengenal pasti butter asli atau campuran.

1g - 3g carbs

Brazillian Mixed Match




















Bahan-bahan Brazillian Mixed Match
(1) Bawang merah
(2) Daging kisar jenama Ramly (rendah karbohidrat)
(3) Kobis merah
(4) 3 - 5 biji Kacang Brazil (jika induction, bahan ini tidak perlu) 
(5) Garam & lada sulah menggantikan ajinomoto
(6) Kunyit
(7) Mayo Jenama Kewpie (rendah karbohidrat)
(8) Butter Asli (kami guna jenama Anchor Unsalted)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Cairkan satu sudu butter. Tumis bawang merah
- Masukkan daging kisar + kunyit + garam + lada sulah secukup rasa. Masak sehingga garing.
- Masukkan kobis merah. Masak sekejap tidak perlu lama, biar rasa ranggup kobis tu ada.
- Potong kacang ikut saiz kesukaan anda dan masukkan.
- Letak sedikit mayo seperti dalam gambar, sebagai hiasan
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. Jika ingin kenyang, lebihkan sayur.

6g - 8g carbs

Telor Man

Bahan-bahan Telor Man
(1) Cili Kisar (cili + bawang putih + bawang merah)
(2) Telor 3 biji
(3) Minyak
(4) Garam & lada sulah menggantikan ajinomoto
(5) Salad
(6) Mayo Jenama Kewpie (rendah karbohidrat)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Masukkan minyak sedikit. Masukkan cili kisar + garam + lada sulah secukup rasa. Masak sehingga garing.
- Goreng telor
- Susun telor yang digoreng tadi seperti gambar, bersama dengan salad. Kemudian taburkan sambal goreng kering tadi ke atas telor.
- Letak sedikit mayo seperti dalam gambar, sebagai hiasan
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. jika ingin kenyang, lebihkan salad. jika tiada salad, boleh ganti sayur lain. Siap! idea sarapan mudah untuk geng low carb!

4g - 6g carbs

Khamis, 8 Mei 2014

Spunchy Chicken

Bahan-bahan Spunchy Chicken
(1) Ikan Bilis
(2) Cili Kisar (cili + bawang putih + bawang merah)
(3) Ayam (Bahagian Isi)
(4) Minyak
(5) Garam & lada sulah menggantikan ajinomoto
(6) Salad

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Gorengkan ikan bilis hingga garing dan kisar
- Gorengkan bahagian isi ayam juga
- Masukkan minyak sedikit. Masukkan cili kisar + garam + lada sulah secukup rasa. Kawal garam kerana    bilis sudah ada rasa masin. Masak sehingga garing.
- Masukkan ikan bilis kisar tadi. Goreng sehingga kering dan garing.
- Letak isi ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan salad. Kemudian taburkan ikan bilis kisar cili tadi ke atas ayam.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. jika ingin kenyang, lebihkan salad. jika tiada salad, boleh ganti sayur lain. 

5g - 7g carbs