Isnin, 7 Julai 2014

Mini Piza Flaxseed




 

Bahan-bahan Mini Piza Flaxseed
(1) 4 keping Crispy Flaxseed. Boleh tengok cara buat di sini : http://lowcarb-gang.blogspot.com/2014/06/crispy-flaxseed-menangi-bekalan.html
(2) 1/4 bawang Holand (dihiris halus)
(3) 1/4 lada Benggala@Capsicum (dipotong dadu)
(4) 1 batang sosej (jenama Ramly)
(5) Keju Mozarella
(6) 1 - 2 sudu sambal

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Sapu sambal pada 4 keping Crispy Flaxseed itu.
- Susun bawang Holand, kemudian sosej diikuti lada Benggala. Kemudian tabur Keju Mozarella.
- Bakar dalam oven selama 10 - 20 minit sehingga sosej masak dan cheese cair.  Siap! 

< 8g carbs (jika induction, boleh kurangkan lada Benggala)




Isnin, 23 Jun 2014

Crispy Flaxseed























Salam y'all! so hari ni kami ada buat contest! mudah sangat! join tau! lepas ni Inshaallah kami nak buat banyak lagi contest mcm ni. Bukan apa, nak galakkan follower Es & Ef untuk jadi kreatif mempelbagaikan menu low-carb! Seperti yang semua tahu, ini adalah teknik terbaru yang kami cuba untuk mengurangkan rasa Flaxseed dalam usaha nak bantu geng low-carb hilangkan craving nak makan roti/wrap/roti canai etc. Kat bawah ni adalah step macam mana nak buat! mudah sangat! tak perlu bakar, tak perlu oven! wow!






















Bahan-bahan Crispy Flaxseed
(1) 50g Flaxseed Brown @ Golden yang siap dikisar halus. (Golden Flaxseed lebih senang untuk diuli sebab tinggi kandungan minyak. Senang melekat. Brown Flaxseed sedikit rapuh. Tetapi masih boleh diuli cuma perlu lebih berhati2. Rasa golden flaxseed juga kurang rasa bijirinnya berbanding brown flaxseed)
(2) Air
(3) 1/3 sudu minyak masak.
(4) Garam & Stevia (optional. jika yang beli tepung dari kami, kami memang sudah letak)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
(1) Sediakan 50g Brown @ Golden Flaxseed kisar.
(2) Masukkan minyak dan air sehingga menjadi doh melekit seperti di Gambar 2. Biarkan adunan selama 1 jam dalam keadaan terbuka.
(3) Bahagikan kepada 4 doh kecil seperti di Gambar 3. 
(4) Ambil doh tadi letak dalam lapik plastik (atas dan bawah). Sapu sedikit minyak untuk memudahkan ulian.
(5) Uli sehingga nipis mengikut citarasa anda.
(6) Goreng sehingga garing di atas non-stick pan atau kuali yang tak melekat. Letak sedikit saja minyak. Kalau minyak banyak, nanti jadi lembik dan berlendir. Jika ingin sedap, goreng dengan sedikit butter. Saya goreng tanpa minyak atau butter. Untuk 50g flaxseed, kita akan dapat 4 keping crispy Flaxseed sederhana besar. Boleh dijadikan sebagai roti atau wrap. Untuk inti, ikut citarasa anda ok! 

Total carbs untuk 1 keping : 0.25g carbs sahaja! wowww

Untuk yang berminat boleh order tepung Flaxseed dari kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

Selasa, 17 Jun 2014

Rosemary Capsized Chicken


















Bahan-bahan Rosemary Capsized Chicken
(1) 2 bahagian dada ayam
(2) Garam
(3) Serbuk herba Rosemary
(4) 1 sudu besar Mayo (kami guna jenama Kewpie)
(5) 1 biji Capsicum

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Gaul ayam bersama garam dan Rosemary. Perap selama 5 min.
- Goreng hingga masak dalam minyak yang sederhana. Bukan deep fried tau!
- Hidangkan bersama Cappsicum dan Mayo. Lada tu dapat meningkatkan metabolisma badan. Siap! 

< 5g carbs

Sabtu, 14 Jun 2014

Aiskrim Low Carb



















Bahan-bahan Aiskrim Low Carb
(1) 50ml (untuk 1 batang) santan kotak (Jenama Ayam Brand 200ml bersamaan 5.6g carbs)
(2) 1/4 sudu teh Esen Vanilla
(3) 1/4 sudu teh Perasa Pilihan (kami guna Pandan dan Coklat)
(4) 1 peket Stevia
(5) Beberapa titik pewarna makanan ikut citarasa

 Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Campurkan semua bahan 1 - 5 dan gaul sekata.
- Masukkan dalam acuan piihan anda.
- Jika ingin tekstur seperti aiskrim, sejuk bekukan semalaman. Jika ingin tekstur seperti yogurt, sejukkan selama 2 - 4 jam.

< 2g carbs

Rabu, 11 Jun 2014

Daging Cili
















Bahan-bahan Daging Cili
(1) Daging kisar (jenama Ramly)
(2) Cili Kisar
(3) Kobis dicincang dadu
(4) Garam & lada sulah
(5) 1/2 biji bawang besar yang sudah siap potong 
(6) 2 biji bawang putih kisar

 Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis bawang putih kisar. Masukkan daging kisar. Goreng hingga daging masak.
- Masukkan cili kisar.
- Masukkan garam dan lada sulah ikut citarasa.
- Masukkan bawang potong dan kobis cincang.Goreng hingga daging garing dan kering.
- Siap! sesuai di makan bersama roti Flaxseed. Nak order tepung roti Flaxseed? inbox kami di fan page ya https://www.facebook.com/es.n.ef

< 7g carbs

Contoh Menu

















Ini adalah contoh menu "big meal" kami. Selalu kami makan set ni waktu lunch. 1 biji telur + 2 ketul ayam + sayur 1 cawan.

Selasa, 10 Jun 2014

Kerepek Bayam



















Bahan-bahan Kerepek Bayam
(1) 2 cawan Bayam (bahagian daun)
(2) 1 biji telur
(3) Serbuk Kari
(4) Garam & lada sulah

 Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Pukul telur. Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasa.
- Celup daun Bayam tadi dalam bancuhan telur.
- Goreng dalam minyak yang banyak (deep fried) sehingga garing.
- Tos minyak dan biarkan di atas tisu serap minyak.
- Gaulkan dengan sedikit serbuk kari untuk penambah rasa. Siap!

< 4g carbs

Isnin, 9 Jun 2014

Scramble Chickycheese



















Bahan-bahan Scramble Chickycheese
(1) 2 biji Telur
(2) 4 sudu besar ayam kisar (kami guna jenama Ramly
(3) 1 keping cheese
(4) Garam & lada sulah
(5) 1/2 biji bawang besar yang siap dipotong
(6) 2 sudu butter asli (kami guna jenama Anchor)


Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Cairkan 2 sudu butter dalam kuali.Masukkan bawang potong
- Masukkan ayam kisar. Goreng hingga masak.
- Pecahkan 2 biji telur.
- Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasa.
- Masukkan cheese . Siap!


< 6g carbs

Ahad, 8 Jun 2014

Butter Prawn Cremeria




















Bahan-bahan Butter Prawn Cremeria
(1) Udang sederhana besar 10 - 12 ekor
(2) 2 sudu besar butter asli (kami guna jenama Anchor)
(3) 1 keping cheese
(4) Garam & lada sulah
(5) 1/2 biji bawang potong
(6) Daun bawang  
(7) Sedikit air 
(8) Bawang putih 2 ulas (kisar) 

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Cairkan 2 sudu butter dalam kuali.Masukkan bawang putih kisar.
- Masukkan udang, goreng hingga masak.
- Masukkan cheese dan sedikit air hingga berkuah pekat.
- Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasa.
- Masukkan bawang potong dan daun bawang sebagai hiasan. Siap! 

< 7g carbs

Khamis, 5 Jun 2014

Nasi Berlauk ala Atkins
















Teringin nak makan nasi masa Atkins? nah! ganti dengan 1 cawan cauliflower kisar. Rebus cauliflower , kemudian racik halus atau kisar. Boleh dihidangkan bersama lauk kegemaran anda! Mengenyangkan! Dapat lepas rindu nak makan nasi tau.

3g carbs

Ahad, 25 Mei 2014

Crispy Salmon with Balsamic Brocolli














Bahan-bahan Crispy Salmon with Balsamic Brocolli
(1) 2 ketol Ikan Salmon
(2) Italian Mix Herbs 
(3) Red Cabbage@kobis merah
(4) Brocolli
(5) Garam
(6) Butter @ Minyak
(7) Cuka (apa2 jenis. Kami guna cuka epal)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Gaul ikan salmon dengan Italian Mix Herbs dan sedikit garam.
- Goreng ikan salmon dengan minyak atau butter hingga garing.
- Basuh brocolli dan red cabbage tadi dengan garam, kemudian gaul dengan cuka epal.
- Hidangkan bersama ikan salmon tadi panas2. Siap!

< 3g carbs

Isnin, 19 Mei 2014

Lempeng Lemak Manis




















Bahan-bahan Lempeng Lemak Manis
(1) 1 biji telur
(2) Sedikit Esen Vanilla
(3) 100ml santan 
(4) Stevia (ikut citarasa)
(5) Garam (ikut citarasa) 

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Campur dan kacau semua bahan tadi
- Goreng dalam non-stick pan atau goreng dengan minyak.
- Hati-hati kerana mudah koyak.

< 4g carbs

Ahad, 18 Mei 2014

Pandan Ball with Cheesy Frosting (Instant Mix Available RM10!)























Bahan-bahan Pandan Ball with Cheesy Frosting
(1) 4 sudu besar Butter asli (jenama Anchor)
(2) 1/2 sudu teh perasa pandan (ikut citarasa)
(3) 1/2 sudu teh pewarna hijau (ikut citarasa)
(4) 3 biji telur
(5) 100g Tepung Badam@Almond Flour
(6) Pemanis gantian 6 - 8 paket @ ikut citarasa (jenama Stevia bagus kerana bersifat semulajadi dan selamat)
(7) 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan-Bahan Frosting
(1) 2 sudu besar cream cheese
(2) 1 - 2 peket Stevia
(3) Kacau semua bahan.
(4) Sejukkan dalam peti ais.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Cairkan butter dalam kuali.
- Pukul telur dengan pukulan biasa.
- Gaul sebati semua bahan.
- Tuang acuan ke dalam loyang pembakar atau paper cup.
- Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 200 celcius.
- Paipkan frosting tadi ikut citarasa anda.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. 
* Untuk geng induksi, jangan la duk hadap sekali gus ok.hihihi, bole bahagi 5 atau 6 kali makan. Hilangkan craving je.
* Pastikan butter asli. Butter adalah sumber lemak baik sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Buttercup bukan butter asli ya! Marjerin juga bukan butter. Jenama Anchor paling senang nak cari.
* Untuk tempahan tepung instant kek ini boleh inbox kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

16- 18g carbs

Sabtu, 17 Mei 2014

Nasi Cauli Flavour Bilis



















Bahan-bahan Nasi Cauli Flavour Bilis
(1) Cauliflower@bunga kobis 1 mangkuk sederhana besar. (Dikisar atau diracik halus)
(2) Ikan Bilis (ditumbuk@dikisar halus)
(3) 1 biji telur
(4) 1 - 2 sudu besar Cili kisar (bawang besar + bawang putih + cili)
(5) Garam + Lada sulah
 
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis Cili. 
- Masukkan ikan bilis kisar tadi. Goreng hingga garing. 
- Masukkan cauliflower kisar dan bahan perasa (garam + lada sulah)
- Pastikan cauli sederhana masak. Jangan goreng terlalu lama.
- Pecahkan telur dan goreng hingga kering. Siap! 
 
< 4g carbs

Jumaat, 16 Mei 2014

Romaine Burger















Bahan-bahan Romaine Burger
(1) Ayam Kisar (kami guna jenama Ramly)
(2) Seasoning Steak 
(3) Salad Romaine @ apa2 juga salad
(4) Minyak
 
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Gaul ayam kisar tadi dengan seasoning steak, letak minyak sedikit untuk membentuk. Bentukkan dan goreng sehingga masak.
- Basuh salad. Hidangkan bersama daging ayam tadi. Siap!

< 4g carbs

Char Low Carb














Bahan-bahan Char Low Carb
(1) Taugeh 1 cawan
(2) 1 - 2 sudu besar cili kisar (cili + bawang putih + bawang besar)
(3) 2 biji telur
(4) Garam & Lada sulah
(5) 1 sudu besar Bawang Goreng
(6) Sayur Hijau (saya guna sawi)
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis cili kisar.
- Masukkan taugeh, dan sawi tadi.. Masukkan garam & lada sulah. Jangan masak sayur terlalu lama.
- Pecahkan telur 2 biji. Gaul semasa telur cair lagi supaya telur melekat dengan taugeh dan sayuran lain. Goreng sehingga kering.
- Tabur 1 sudu bawang goreng untuk menaikkan rasa. Siap!

< 5g carbs

Khamis, 15 Mei 2014

Hilang 75kg!





















Alhamdulillah asbab dari mengamalkan gaya makan rendah karbohidrat ini kami berjaya menurunkan sebanyak 75kg! Perjalanan akan diteruskan. Kali ini bukan niat untuk kurus sahaja tapi lebih kepada ingin hidup sihat. INSHAALAH! Kita manusia hanya mampu lakukan usaha. Hasil dan result, Allah yang bagi. Minta la kat Dia dahulu! Perbetulkan niat. Inshaallah moga perjalanan diet kalian diberkati.

Chicken Steak






















Bahan-bahan Chicken Steak
(1) 2 ketol isi ayam
(2) 1/2 biji bawang besar
(3) Daun bawang (racik halus)
(4) Garam & Lada sulah
(5) Cili Hidup (potong halus)
(6) Butter atau minyak masak
(7) Cauliflower (racik halus)
(8) Rempah kari

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Rebus isi ayam . Racikkan atau kisar isi ayam
- Tumis bawang.
- Gaul sebati isi ayam tadi bersama bawang yang sudah digoreng, daun bawang, cili hidup, cauliflower, garam&lada sulah, dan sedikit rempah kari.
- Bentukkan dan goreng semula menggunakan minyak atau butter. Siap!

< 5g carbs

Rabu, 14 Mei 2014

Tuna Cheezy Bite

































Bahan-bahan Tuna Cheezy Bite
(1) 2 biji telur 
(2) 1/2 biji bawang Holand
(3) Mozarella Cheese
(4) Garam & Lada sulah
(5) Cili Hidup 
(6) Minyak
(7) Seekor ikan sardin atau boleh guna Tuna spread.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Pecahkan telur.  
- Masukkan ikan sardin yang sudah dihancurkan. Letak garam dan lada sulah mengikut citarasa. Pukul sebati.
- Guna acuan ikut citarasa. Oleskan minyak di dalam setiap acuan.
- Masukkan bahan tadi. Hanya 3/4 sahaja. Jangan penuh kerana telur akan kembang.
- Hiris bawang Holand dan tabur bersama Mozarella Cheese tadi di atas.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 4 - 6 minit. 
- Hidangkan bersama cili hidup untuk rasa yang lebih UMMPPPHHH. Siap!

< 5g carbs

Nasi Goreng Daging Cheese




















Bahan-bahan Nasi Goreng Daging Cheese
(1) Daging Kisar (kami guna jenama Ramly) 
(2) Cheddar Cheese (kami guna jenama Anchor)
(3) Cauliflower
(4) Garam & Lada sulah
(5) Salad
(6) Cili Kisar (cili + bawang merah + bawang putih)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumiskan 1 - 2 sudu cili kisar tadi. 
- Masukkan daging kisar dan cauliflower yang dicincang halus. Goreng sehingga masak.
- Masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa. Goreng sehingga kering.
- Racikkan cheddar cheese dan gaul bersama bahan tadi.
- Hias kan bersama salad segar. Siap!

< 5g carbs