Rabu, 16 September 2015

Kebaikan Kurus the Konjac Food- Di mana Sains bertemu Tradisi


Sepertimana yang diketahui umum Konjac sudah dimakan semenjak 2000 tahun dahulu khususnya di negara China, Korea dan Jepun. Apa yang secara tradisional diamalkan kini mendapat perhatian saintis seluruh dunia. Kurus the Konjac Food merupakan usaha kami membawa kembali kebaikan asia untuk orang asia, dan alhamdulillah kami mendapat sokongan dari segenap disiplin professional.

Sebelum itu, Es & Ef ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pakar diet, pakar masakan, pakar perubatan dan juga para pengkaji sains di seluruh dunia atas usaha murni mereka mengkaji kebaikan konjac yang mengandungi fiber glucomannan.

Dibawah adalah pautan artikel kajian berkenaan konjac (glucomannan)

Kegemukan

Evaluation of the action of glucomannan on metabolic parameters and on the sensation of satiation in overweight and obese patients.

Clinical Study & Research – Obesity
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7796558

Childhood obesity treatment: double blinded trial on dietary fibres (glucomannan) versus placebo.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8247594

The use of highly purified glucomannan-based fibres in childhood obesity
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1324483

 

Kencing manis

Clinical Study & Research – Diabetes

Konjac-Mannan and American ginsing: emerging alternative therapies for type 2 diabetes mellitus.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11603646

Konjac-mannan (glucomannan) improves glycemia and other associated risk factors for coronary heart disease in type 2 diabetes. A randomized controlled metabolic trial
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10372241

Dietary fibres in the dietetic therapy of diabetes mellitus. Experimental data with purified glucomannans.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1339216
 

Kolestrol

Clinical Study & Research – Cholesterol

Effect of short-term ingestion of konjac glucomannan on serum cholesterol in healthy men.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7872224

Cholesterol reduction by glucomannan and chitosan is mediated by changes in cholesterol absorption and bile acid and fat excretion in rats.
http://jn.nutrition.org/content/130/11/2753.short

Low levels of viscous hydrocolloids lower plasma cholesterol in rats primarily by impairing cholesterol absorption.
http://jn.nutrition.org/content/130/2/243.full

 

Sembelit

Clinical Study & Research – Constipation

Effect of the dietary fibres glucomannan on chronic constipation in neurologically impaired children.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10636972

A clinical study of the use of a combination of glucomannan with lactulose in the constipation of pregnancy.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9026754

Action of glucomannans on complaints in patients affected with chronic constipation: a multicentric clinical evaluation.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1742540













Khamis, 20 Ogos 2015

Mee Sup by Kurus


Bahan-bahan:
 
Bwg merah 2ulas- dihiris halus 
Sayur Cendawan segar-dihiris 
Celery- dihiris 
Fishball- dihiris 
Telur burung puyuh-kukus-buang kulitnya(belah dua)-hiasan 
Daging ayam-dihiris halus 
Olive oil 
Ground black pepper 
Garam Perencah masakan (option) 
Air 

Cara masak: 

Tumis bawang menggunakan olive oil. 
Masukkan ayam+fishball 
Masukkan sayur2 
Masukkan air 
Masak bahan2 hingga agak mendidih dan apabila sudah masak sekitar 10-15min (off fire) 
Mee Kurus (ikut cara penyediaan spt di label package) Kemudian mee Kurus boleh di hidnag bersama kuah sup sayur + cili api (letak kicap)+ sambal ikan bilis
Untuk yang berdiet strict low carb just gantikan sos cili kepada cili stevia dan kurangkan penggunaan bawang, fishball dan sos yang lain. :)

Meehoon Kurus Qu Kurus


Bahan2:
Mee Kurus
Ayam 2 ketul (bahagian dada)-hiris kecil
Bawang kecil
Bawang putih
Lada hitam (hancur)
Chili flakes
Sos tiram 3 sudu besar
Sos cili thai 2 sudu besar
Garam (secukup rasa)
Minyak zaitun (utk menumis)
Air

Sayur:
Daun kucai-potong kecik
Taugeh


Bahan hiasan
Cili Merah - hiris halus
Telur dadar -goreng -roll kan dan potong halus
Cili api-potong hiris

Cara Masak
Tumis bawang merah & bawang putih yg telah dihiris hingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan ayam yg telah di hiris kecil(goreng hingga hampir masak)
Tambah sos tiram & sos thai
Masukkan sayur serta Meehun
Masukkan garam + lada hitam + chilli flakes

Setelah masak 5-10 minit ,masakan siap dan boleh di hidang. Tabur bahan hiasan dan jemput makan. Untuk yang berdiet strict low carb just gantikan sos cili kepada cili stevia dan kurangkan penggunaan bawang dan sos yang lain. :)

Rabu, 18 Mac 2015

MOBILE APPS ATKINS PALING HOT!!!

Salam and Hi semua..

Kali ini, kita x share resipi tapi kita nak share pasal mobile apps yang gabungkan semua resipi2 atkins.. Semua resipi nih mai dari mcm2 blogger, bersatu untuk bagi hangpa semua kepuasan masa tengah memasak, x derla kejap lari p dapuq pastu lupe bahan lari balik kat ruang tamu tgk kat laptop..hehehe saper buat cenggini? sekarang buleh je buke handphone sebelah dan masak sebelah

Antara features2 menarik adalah kita boleh chat sesama kita, boleh beli bahan direct dari phone, boleh kire carbs sekali..

Apalagi, download la dan sertai 10,530 downloader seluruh negara setakat posting ini dibuat..
Ini saya share link die pastu hangpa share dekat orang lain pulak

Link: http://bit.ly/foodbitsasia

Rabu, 4 Mac 2015

Pencecah Sos Stevia



Bahan-bahan:

(1) Cili Merah, 6 - 8 batang
(2) Garam, secukup rasa
(3) Cuka, secukup rasa
(4) Stevia, secukup rasa
(5) Bawang putih 2 ulas
(6) Air sedikit

- Kisar semua bahan dengan sedikit air
- Masak bahan2 kisar tadi dengan api yang kecil.
- Masukkan bahan2 perasa (cuka, stevia, garam)
- Anggaran carbs 3-4g sahaja.

Isnin, 2 Mac 2015

Pengganti Susu Soya



Assalammualaikum.

Hari nih, kita nak berkongsi tentang almond breeze nih, ada dalam 3 perisa original, chocolate, dan vanilla. Apa benda nih? Ini adalah susu yang diperbuat daripada kacang almond.. 

Kat mana boleh dapat? aritu Es beli kat Jaya grocer, company Es & Ef setakat nih tiada hasrat untuk memasukkan produk ini lagi, sebabnya its too costly for customer.. yerla imagine kacang almond pun dah mahal kan kalo beli kat kedai kek tu? Apatah lagi kalo yang diperah2 menjadi susu..

So berapa carbs die? Untuk yg unsweetened kat tengah tu, sekotak mengandungi total carbs less than 1g carbs

So terubatla kerinduan untuk minum susu soya ke susu ke bagi yang tengah induction kan? Alang2 nih, jangan lupa kite pun rindu nak minum susu di syurga.. Di syurga nanti akan ada sungai susu.. Camnerlah agaknya susu kat syurga nanti ye? Jangan lupa doakan Es & Ef ye kawan2.. Es & Ef pun sentiasa doakan kawan2 yang terbaik. :)

Kesan Positif Minum Air Kosong


Assalammualaikum semua..

Harini kita nak kongsikan kesan positif minum air kosong, macam gambau kakak atas nih kita amik dari pakcik google.. Ok kesahnya akak kita nih die dulu kurang minum air masak pastu die amalkan minum air masak secukupnya selama 4 minggu... Die amik gambau sebelum dan selepas minum air masak.

Sebelum tu tengokla muka die subhanaAllah cantik tapi nampak x segar kan.. cuba tengok gambau selepas tu, subhanaAllah cantik dan bertambah cantik.. halus mulus kulit die..mata bertambah shining.. dah x der kering bagai.. kalau perasaan maaf silap taip kalau perasan cube tengok dagu die pun makin runcing.

Ok mesti sekarang ramai tanya nak kena minum berapa liter bagai kan? Ada banyak teori berapa liter nak minum, ada yang cakap tgk berat la apa, tapi kami lebih suka tengok warna air kumbahan eh maaf silap taip sekali lagi warna air kecil kita.. jangan terlalu pekat jangan terlalu cair.. susah kan nak imagine? ada yg imagine camne nih? ala2 bunga kekwa ke ala2 apa nih kan? x per, kita paste kat sini chart yang menunjukkan badan kita hydrated ke x..


Ha, nanti boleh la ukur di badan sendiri ye geng diet semua.. Jadi dah nampak kepentingan minum air masak kan? lagi2 penting sebab kita tengah diet dan sekarang kita dilanda cuaca panas.. Lepas nih nak share menu buat air pula la.. kalau teringin tu tgh panas boleh buat aiskrim kat bawah.. until next time guys... :)

Sabtu, 24 Januari 2015

Mee Kurus Carbonara + Ayam grill

















Mee Kurus Carbonara + Ayam grill
AyamGrill
- Perap dua bahagian isi ayam dengan lada hitam + garam .Grill kan bersama minyak zaitun.

Mee Kurus Carbonara
(1) 2 ulas bawang putih
(2) Isi ayam
(3) 1 sudu pes carbonara jenama Prego
(4) 2 batang cili api
(5) 1 cawan Cauliflower +Tomato (optional)
(6) Lada hitam/garam
(7) Mee Kurus sepeket
(8) Minyak

- Tumis bawang putih yg dihiris. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil. Masukkan sedikit air.
- Masukkan 1 sudu pes carbonara.
- Masukkan cili api, dan sayuran. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam/lada hitam secukup rasa.
- Masukkan mee kurus. Siap!

Jumaat, 23 Januari 2015

Mee Kurus Singapore















Mee Kurus Singapore
(1) Telur 2 bji
(2) Bawang besar
(3) 2 ulas bawang putih
(4) 4 batang cili api
(5) Ikan bilis sikit
(6) Lada hitam/garam
(7) Mee Kurus sepeket
(8) Minyak

- Pecahkan 2 biji telur + bawang besar + garam. Goreng dadar mcm biasa.
- Tumis Bawang putih+bilis+cili api yang sudah dihiris halus.
- Biar bahan tumisan garing. Masukkan sedikit air dan bahan perasa.
- Masukkan mee kurus. Siap!

Rabu, 21 Januari 2015

Ratu Kurus Asia (F2F2F2F)





















wow! apa ni Ratu Kurus Asia (F2F2F2F)? nanti la cerita! kita buat dulu ok. kalau cerita lebih tapi tak buat, tak best juga kan? kita proceed journey ya!

Day 1 :
Method of diet, low carb + IF 19jam . waktu makan saya start dari jam 3 petang - 8 malam sahaja.

Breakfast : skip

Lunch :
Menu 1 : Mee Kurus / Sayur Kobis 1 cup / Ayam Grill Blackpepper
Menu 2 : Kambing Grill

Dinner : Nasi Air

*resipi bole tengok previous post ya :) selalu saya akan guna jenama Kurus utk menu saya.

Nasi Air
















Nasi Air
(1) 2 ulas bawang putih
(2) Sedikit halia
(3) 1 ketol ayam bahagian dada
(4) 1 cawan Sawi + Kobis
(5) Lada hitam/garam
(6) Daun sup/tomato/bawang goreng (pilihan. taknak letak pun tak apa)
(7) Nasi Kurus 1/2 peket

- Tumis bawang putih dan halia. Masukkan air kemudian isi ayam.
- Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
- Masukkan sayur & nasi kurus. Reneh sehingga semua bahan masak. Siap!

Selasa, 20 Januari 2015

Ayam Grill + Nasi Kurus Vege
















(1) Ayam Grill
- 2 ketol bahagian dada ayam .
- Lada Hitam
- Minyak zaitun

Perap ayam dengan lada hitam dan minyak zaitun selama 1 jam dan grill kan sehingga ayam masak.

(2) Nasi Kurus Vege
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit bawang besar
- 1 cawan Cauliflower @ sayuran lain
- 1/2 peket Nasi Kurus
- 1 biji telur
- Serbuk Lada Merah@Cili potong untuk rasa pedas
- Lada Hitam & Garam sebagai perasa
- Sedikit Minyak

Hiris halus bawang putih & bawang besar. Tumiskan. Pecahkan telur dan masukkan Cauli. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Masukkan Nasi kurus. Goreng sehingga sayur lembut. Tabur serbuk lada merah atau cili potong untuk rasa pedas.


Gaya Baru! Instant! Cepat, Mudah! Senarai Stokis!
















Assalamualaikum ! Setelah lama "silent" , kami kembali! Kali ni Kurus datang dgn wajah baru! INSTANT! buka pek, bilas air panas , dah ready boleh makan..senang kan? Nak order ? Di bawah adalah senarai stokis2 kami :

Stokis :
KL SENTRAL/PLAZA CENTRAL/MID VALLEY/ IOI PUCHONG/ GIANT KINRARA/ PJ OLDTOWN(PEKAN LAMA) : 012 905 3241 Syima
https://www.facebook.com/ohvanilla?fref=ts

MELAKA
012 - 648 4420 Aliff Najmi

KEDAH/PENANG/PERLIS : 012 - 3539192 Dr Hadi & Dr. Nazelia
https://www.facebook.com/SimplyskinMedispaandWellnessCentre?fref=ts

PUTRAJAYA : 017 - 9781186 Mardiana
https://www.facebook.com/mardiana.jaya.5

SELANGOR : 019 - 6664403 Arnie
https://www.facebook.com/arnie.awang?fref=ufi