Rabu, 14 Mei 2014

Tuna Cheezy Bite

































Bahan-bahan Tuna Cheezy Bite
(1) 2 biji telur 
(2) 1/2 biji bawang Holand
(3) Mozarella Cheese
(4) Garam & Lada sulah
(5) Cili Hidup 
(6) Minyak
(7) Seekor ikan sardin atau boleh guna Tuna spread.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Pecahkan telur.  
- Masukkan ikan sardin yang sudah dihancurkan. Letak garam dan lada sulah mengikut citarasa. Pukul sebati.
- Guna acuan ikut citarasa. Oleskan minyak di dalam setiap acuan.
- Masukkan bahan tadi. Hanya 3/4 sahaja. Jangan penuh kerana telur akan kembang.
- Hiris bawang Holand dan tabur bersama Mozarella Cheese tadi di atas.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 4 - 6 minit. 
- Hidangkan bersama cili hidup untuk rasa yang lebih UMMPPPHHH. Siap!

< 5g carbs

8 ulasan: