Isnin, 23 Jun 2014

Crispy Flaxseed























Salam y'all! so hari ni kami ada buat contest! mudah sangat! join tau! lepas ni Inshaallah kami nak buat banyak lagi contest mcm ni. Bukan apa, nak galakkan follower Es & Ef untuk jadi kreatif mempelbagaikan menu low-carb! Seperti yang semua tahu, ini adalah teknik terbaru yang kami cuba untuk mengurangkan rasa Flaxseed dalam usaha nak bantu geng low-carb hilangkan craving nak makan roti/wrap/roti canai etc. Kat bawah ni adalah step macam mana nak buat! mudah sangat! tak perlu bakar, tak perlu oven! wow!






















Bahan-bahan Crispy Flaxseed
(1) 50g Flaxseed Brown @ Golden yang siap dikisar halus. (Golden Flaxseed lebih senang untuk diuli sebab tinggi kandungan minyak. Senang melekat. Brown Flaxseed sedikit rapuh. Tetapi masih boleh diuli cuma perlu lebih berhati2. Rasa golden flaxseed juga kurang rasa bijirinnya berbanding brown flaxseed)
(2) Air
(3) 1/3 sudu minyak masak.
(4) Garam & Stevia (optional. jika yang beli tepung dari kami, kami memang sudah letak)

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
(1) Sediakan 50g Brown @ Golden Flaxseed kisar.
(2) Masukkan minyak dan air sehingga menjadi doh melekit seperti di Gambar 2. Biarkan adunan selama 1 jam dalam keadaan terbuka.
(3) Bahagikan kepada 4 doh kecil seperti di Gambar 3. 
(4) Ambil doh tadi letak dalam lapik plastik (atas dan bawah). Sapu sedikit minyak untuk memudahkan ulian.
(5) Uli sehingga nipis mengikut citarasa anda.
(6) Goreng sehingga garing di atas non-stick pan atau kuali yang tak melekat. Letak sedikit saja minyak. Kalau minyak banyak, nanti jadi lembik dan berlendir. Jika ingin sedap, goreng dengan sedikit butter. Saya goreng tanpa minyak atau butter. Untuk 50g flaxseed, kita akan dapat 4 keping crispy Flaxseed sederhana besar. Boleh dijadikan sebagai roti atau wrap. Untuk inti, ikut citarasa anda ok! 

Total carbs untuk 1 keping : 0.25g carbs sahaja! wowww

Untuk yang berminat boleh order tepung Flaxseed dari kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

Selasa, 17 Jun 2014

Rosemary Capsized Chicken


















Bahan-bahan Rosemary Capsized Chicken
(1) 2 bahagian dada ayam
(2) Garam
(3) Serbuk herba Rosemary
(4) 1 sudu besar Mayo (kami guna jenama Kewpie)
(5) 1 biji Capsicum

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Gaul ayam bersama garam dan Rosemary. Perap selama 5 min.
- Goreng hingga masak dalam minyak yang sederhana. Bukan deep fried tau!
- Hidangkan bersama Cappsicum dan Mayo. Lada tu dapat meningkatkan metabolisma badan. Siap! 

< 5g carbs

Sabtu, 14 Jun 2014

Aiskrim Low Carb



















Bahan-bahan Aiskrim Low Carb
(1) 50ml (untuk 1 batang) santan kotak (Jenama Ayam Brand 200ml bersamaan 5.6g carbs)
(2) 1/4 sudu teh Esen Vanilla
(3) 1/4 sudu teh Perasa Pilihan (kami guna Pandan dan Coklat)
(4) 1 peket Stevia
(5) Beberapa titik pewarna makanan ikut citarasa

 Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Campurkan semua bahan 1 - 5 dan gaul sekata.
- Masukkan dalam acuan piihan anda.
- Jika ingin tekstur seperti aiskrim, sejuk bekukan semalaman. Jika ingin tekstur seperti yogurt, sejukkan selama 2 - 4 jam.

< 2g carbs

Rabu, 11 Jun 2014

Daging Cili
















Bahan-bahan Daging Cili
(1) Daging kisar (jenama Ramly)
(2) Cili Kisar
(3) Kobis dicincang dadu
(4) Garam & lada sulah
(5) 1/2 biji bawang besar yang sudah siap potong 
(6) 2 biji bawang putih kisar

 Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis bawang putih kisar. Masukkan daging kisar. Goreng hingga daging masak.
- Masukkan cili kisar.
- Masukkan garam dan lada sulah ikut citarasa.
- Masukkan bawang potong dan kobis cincang.Goreng hingga daging garing dan kering.
- Siap! sesuai di makan bersama roti Flaxseed. Nak order tepung roti Flaxseed? inbox kami di fan page ya https://www.facebook.com/es.n.ef

< 7g carbs

Contoh Menu

















Ini adalah contoh menu "big meal" kami. Selalu kami makan set ni waktu lunch. 1 biji telur + 2 ketul ayam + sayur 1 cawan.

Selasa, 10 Jun 2014

Kerepek Bayam



















Bahan-bahan Kerepek Bayam
(1) 2 cawan Bayam (bahagian daun)
(2) 1 biji telur
(3) Serbuk Kari
(4) Garam & lada sulah

 Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Pukul telur. Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasa.
- Celup daun Bayam tadi dalam bancuhan telur.
- Goreng dalam minyak yang banyak (deep fried) sehingga garing.
- Tos minyak dan biarkan di atas tisu serap minyak.
- Gaulkan dengan sedikit serbuk kari untuk penambah rasa. Siap!

< 4g carbs

Isnin, 9 Jun 2014

Scramble Chickycheese



















Bahan-bahan Scramble Chickycheese
(1) 2 biji Telur
(2) 4 sudu besar ayam kisar (kami guna jenama Ramly
(3) 1 keping cheese
(4) Garam & lada sulah
(5) 1/2 biji bawang besar yang siap dipotong
(6) 2 sudu butter asli (kami guna jenama Anchor)


Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Cairkan 2 sudu butter dalam kuali.Masukkan bawang potong
- Masukkan ayam kisar. Goreng hingga masak.
- Pecahkan 2 biji telur.
- Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasa.
- Masukkan cheese . Siap!


< 6g carbs

Ahad, 8 Jun 2014

Butter Prawn Cremeria




















Bahan-bahan Butter Prawn Cremeria
(1) Udang sederhana besar 10 - 12 ekor
(2) 2 sudu besar butter asli (kami guna jenama Anchor)
(3) 1 keping cheese
(4) Garam & lada sulah
(5) 1/2 biji bawang potong
(6) Daun bawang  
(7) Sedikit air 
(8) Bawang putih 2 ulas (kisar) 

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Cairkan 2 sudu butter dalam kuali.Masukkan bawang putih kisar.
- Masukkan udang, goreng hingga masak.
- Masukkan cheese dan sedikit air hingga berkuah pekat.
- Masukkan garam dan lada sulah sebagai perasa.
- Masukkan bawang potong dan daun bawang sebagai hiasan. Siap! 

< 7g carbs

Khamis, 5 Jun 2014

Nasi Berlauk ala Atkins
















Teringin nak makan nasi masa Atkins? nah! ganti dengan 1 cawan cauliflower kisar. Rebus cauliflower , kemudian racik halus atau kisar. Boleh dihidangkan bersama lauk kegemaran anda! Mengenyangkan! Dapat lepas rindu nak makan nasi tau.

3g carbs