Khamis, 8 Mei 2014

Spunchy Chicken

Bahan-bahan Spunchy Chicken
(1) Ikan Bilis
(2) Cili Kisar (cili + bawang putih + bawang merah)
(3) Ayam (Bahagian Isi)
(4) Minyak
(5) Garam & lada sulah menggantikan ajinomoto
(6) Salad

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Gorengkan ikan bilis hingga garing dan kisar
- Gorengkan bahagian isi ayam juga
- Masukkan minyak sedikit. Masukkan cili kisar + garam + lada sulah secukup rasa. Kawal garam kerana    bilis sudah ada rasa masin. Masak sehingga garing.
- Masukkan ikan bilis kisar tadi. Goreng sehingga kering dan garing.
- Letak isi ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan salad. Kemudian taburkan ikan bilis kisar cili tadi ke atas ayam.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. jika ingin kenyang, lebihkan salad. jika tiada salad, boleh ganti sayur lain. 

5g - 7g carbs

6 ulasan:

  1. syukran.. thanx farihah.. malam ni nak cube.. tuk menu buke puaser..

    BalasPadam
  2. Wah macam sedap, nak trylah buat untuk lunch nanti..Thanks Farihah..Xiexie.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..cuba la ..nanti share gambar di https://www.facebook.com/es.n.ef

    BalasPadam
  4. Thanks Farihah. Selalu cari menu-menu yang low carb tapi selalu juga terbabas sebab terlebih carb. Menu yang sangat membantu! :) Salam kenal juga.

    BalasPadam
  5. Trmksh atas perkongsian resepi in shaa Allah akan sy cuba nanti.

    BalasPadam
  6. X der masalah, my low carb gang, sama2 diet and kurus :)

    BalasPadam