Jumaat, 16 Mei 2014

Char Low Carb














Bahan-bahan Char Low Carb
(1) Taugeh 1 cawan
(2) 1 - 2 sudu besar cili kisar (cili + bawang putih + bawang besar)
(3) 2 biji telur
(4) Garam & Lada sulah
(5) 1 sudu besar Bawang Goreng
(6) Sayur Hijau (saya guna sawi)
Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2! 
- Tumis cili kisar.
- Masukkan taugeh, dan sawi tadi.. Masukkan garam & lada sulah. Jangan masak sayur terlalu lama.
- Pecahkan telur 2 biji. Gaul semasa telur cair lagi supaya telur melekat dengan taugeh dan sayuran lain. Goreng sehingga kering.
- Tabur 1 sudu bawang goreng untuk menaikkan rasa. Siap!

< 5g carbs

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum.. Kita boleh makan sengkuang x? saya xleh mkn taugeh jadi boleh x saya gntikan dgn sengkuang?

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. waalaikummussalam.. white turnip dalam 6g carb utk 100g.. kira carb ye

    BalasPadam