Ahad, 11 Mei 2014

Devil's Fudgy Choc Cake with Special Sauce (Instant Mix Available RM10!)





















Bahan-bahan Devil's Fudgy Choc Cake with Special Sauce
(1) 4 sudu besar Butter asli (jenama Anchor)
(2) 2 sudu besar serbuk koko (jenama Hershey Unsweetened Cocoa Powder@Van Hautten)
(3) 3 biji telur
(4) Sedikit Garam
(5) 100g Tepung Badam@Almond Flour
(6) Pemanis gantian 6 paket @ ikut citarasa (jenama Stevia bagus kerana bersifat semulajadi dan selamat)
(7) 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan-Bahan Saus
(1) 2 sudu besar serbuk koko
(2) 1 sudu besar butter
(3) 6 paket Stevia
(4) Sedikit air
(5) Campur semua bahan. Masak atas api perlahan sehingga pekat.

Cara-cara
* Mulakan dengan Bismillah. Sewaktu kacau masakan, kacau ikut arah lawan jam dan selawat. Sudahi dengan Alhamdulillah. Masak dapat, kenyang dapat, pahala pun dapat! Dalam sunnah ada kejayaan kawan2!
- Cairkan butter dalam kuali.
- Pukul telur dengan pukulan biasa.
- Gaul sebati tepung badam, serbuk koko, dan serbuk penaik.
- Masukkan Stevia dan garam biar rasa lemak sedikit.
- Campurkan semua bahan
- Tuang acuan ke dalam loyang pembakar atau paper cup.
- Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 200 celcius.
- Tuang saus di atas kek dan sejukkan.
- Sesuai untuk fasa induksi dan ke atas. 
* Untuk geng induksi, jangan la duk hadap sekali gus ok.hihihi, bole bahagi 5 atau 6 kali makan. Hilangkan craving je.
* Pastikan butter asli. Butter adalah sumber lemak baik sesuai untuk diet rendah karbohidrat. Buttercup bukan butter asli ya! Marjerin juga bukan butter. Jenama Anchor paling senang nak cari.
* Untuk tempahan tepung instant kek ini boleh inbox kami di sini https://www.facebook.com/es.n.ef

16g carbs tanpa saus / 19g carbs dengan saus

1 ulasan:

  1. Salam nk tny..buttercup wpon x asli 0 carb kn?so xleh ke guna?

    BalasPadam